LATIHAN SANGKUT STAF JABATAN ARKIB UNIVERSITI KE ARKIB NEGARA MALAYSIA

Jabatan Arkib Universiti telah menghantar dua orang staf yang terdiri daripada Pegawai Arkib, Pn. Azniza Mohamad Nor dan Penolong Pegawai Arkib, Cik Wan Nur Khalidah Wahed ke Arkib Negara Malaysia untuk menjalani latihan sangkut selama dua minggu bermula daripada 17 – 28 April 2017. Antara Objektif latihan sangkut ini adalah bagi meningkatkan kompetensi pengurusan Jabatan Arkib Universiti disamping membantu pegawai yang terlibat untuk memahami serta menguasai bidang pengurusan rekod dan arkib untuk digunapakai di universiti.
Penekanan latihan diberikan kepada beberapa seksyen di Arkib Negara Malaysia antaranya Seksyen Pusat Rekod, Sekysen Perolehan, Seksyen Arkib Digital, Seksyen Arkib Pandang Dengar dan Seksyen Rujukan dan Akses. Latihan dilaksanakan secara teori dan praktikal kepada pegawai berkenaan agar mereka lebih memahami bidang tugasan yang diberikan. Diharapkan juga, latihan sangkut ini dapat meningkatkan pengetahuan mengenai polisi, garispanduan serta isu-isu dalam pengurusan rekod dan arkib agar penambahbaikan dapat dilaksanakan di Jabatan Arkib Universiti.
Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Jabatan Arkib Negara Malaysia kerana sudi menerima dan memberi tunjuk ajar kepada pihak kami.




Comments