SESI SEJARAH LISAN TOKOH ITM - PROFESOR DATO' DR. HJ. MOHD MANSOR BIN HJ. SALLEH

SESI SEJARAH LISAN TOKOH ITM - PROFESOR DATO' DR. HJ. MOHD MANSOR 
BIN HJ. SALLEH

Sekitar sesi rakaman sejarah lisan bersama tokoh ITM, Prof. Dato' Dr. Hj. Mansor bin Hj. Salleh, mantan Pengarah ITM ke-11 di Bilik Auditorium Perpustakaan Undang-undang, UiTM pada 25 September 2018. Turut dihadiri oleh tenaga pakar sejarah lisan dari Fakulti Pengurusan Maklumat, Pn. Nik Azliza Nik Ariffin, Pensyarah Kanan dan Datin Rokiah Hassan, Isteri kepada Prof. Dato' Dr. Hj. Mohd Mansor.
Sesi temuramah telah dikendalikan oleh Encik Mohd Hazrul Mohd Hussin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Arkib, Jabatan Arkib Universiti. Fokus untuk sesi kali ini adalah berkenaan dengan biografi Dato' sahaja dan bagi sesi seterusnya akan membincangkan secara lanjut dan mendalam mengenai polisi pentadbiran ketika beliau menjadi Pengarah ITM.
Terima kasih diucapkan di atas kerjasama kepada semua yang terlibat bagi menjayakan sesi sejarah lisan ini.










Comments