Seramai 8 orang pelajar daripada Universitas Airlangga (UNAIR), Surabaya, Indonesia menjalani latihan industri di Perpustakaan Tun Abdul Razak bermula dari 17 Julai - 17 Ogos 2017 dan Jabatan Arkib Universiti merupakan salah satu Jabatan yang perlu dijalani latihan oleh para pelajar tersebut.
En. Mohd Hazrul Mohd Hussin , Ketua Bahagian Perkhidmatan Arkib memberikan taklimat kepada pelajar latihan industri dari UNAIR mengenai Jabatan Arkib Universiti. Pelajar ini ditempatkan di Jabatan Arkib Universiti selama 1 minggu dan dibahagikan kepada 2 kumpulan berbeza mengikut jadual yang telah ditetapkan. Banyak pendedahan mengenai pengurusan rekod secara amnya diberikan walaupun pengurusan rekod di Indonesia berbeza namun, secara asasnya para pelajar ini dapat memahami cara sebenar menjaga kitaran hayat rekod agar sentiasa terpelhara nilai-nilainya dan boleh dirujuk kemudian hari.
Pelajar-pelajar tersebut merupakan pelajar Sarjana Muda dari Jabatan Perpustakaan dan Maklumat, Fakulti Sosial dan Sains Politik UNAIR.
Penempatan ini adalah hasil daripada jalinan kerjasama Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM), UiTM dan UNAIR, Surabaya, Indonesia.
Comments
Post a Comment