Taklimat Pengurusan Rekod dan Arkib di UiTM Cawangan Zon Utara (UiTM Perak)
Satu taklimat Pengurusan arkib dan Rekod UiTM Cawangan Perak telah diadakan pada 16 Ogos 2017 di Kampus Seri Iskandar.
Lawatan taklimat kesedaran ini melibatkan peserta dari kampus Tapah dan juga kampus Seri Iskandar yang terdiri daripada Pegawai Rekod Jabatan, Pembantu Tadbir Rekod Jabatan, Pegawai Pengelas, Pendaftar Rahsia dan juga Ketua Jabatan.
Siri lawatan ini adalah kesinambungan daripada sesi taklimat kesedaran Pengurusan Arkib dan Rekod di Unit Arkib Cawangan yang telah diadakan di UiTM zon Utara dan juga Pantai Timur.
Sesi lawatan dilaksanakan pada sebelah petang untuk melihat dan memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan rekod yanh merangkumi bilik fail/rekod di bahagian/pejabat masing-masing. Antara yang terlibat adalah Unit Peperiksaan, HEA, Bahagian Pentadbiran, Bendahari, HEP, Infostruktur, Unit Korporat, Pejabat Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur serta Perpustakaan.
Siri lawatan dan taklimat kesedaran ini akan diteruskan lagi ke UiTM Cawangan Selangor pada 21 Ogos 2017 dan seterusnya akan bergerak ke seluruh UiTM zon selatan, Sabah & Sarawak.
Terima kasih kami ucapkan kepada Unit Arkib Universiti, Perpustakaan Uitm Perak di atas penganjuran yang amat menggalakkan daripada peserta. Semoga ilmu yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Comments
Post a Comment