BENGKEL PENDESKRIPSIAN BAHAN DAN SEJARAH LISAN

Jabatan Arkib Universiti telah menganjurkan Bengkel Pendeskripsian Bahan dan Sejarah Lisan yang berlangsung selama dua hari bermula pada 16 - 17 Mei 2017 di Bilik Seminar, Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. Bengkel yang telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan, Encik Noor Hidayat bin Adnan telah disampaikan oleh pensyarah jemputan dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Kampus Puncak Perdana seramai 3 orang iaitu Encik Kamarul Azwan Azman, Prof. Madya Dr. Hajah Aliza Ismail dan Puan Nik Azliza Nik Ariffin. Peserta yang terlibat adalah Pegawai yang menguruskan Unit Arkib Universiti di UiTM Cawangan. 

Para peserta bengkel telah didedahkan mengenai teknik yang betul dalam membuat pendeskripsian bahan dan sejarah lisan agar setiap maklumat dan sejarah dapat didokumenkan dan dijadikan sebagai rujukan masa hadapan. Selain daripada itu, para peserta turut diberikan pelbagai tugas dalam kumpulan untuk setiap teknik yang telah dipelajari.





















Comments