Sekitar program anjuran Jabatan Arkib Universiti di Institute of Leadership and Development (ILD), UiTM Bandar Enstek, Negeri Sembilan berkenaan Taklimat Pelan Tindakan Bencana Rekod UiTM yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Sukri Bin Abdul Kadir, Ketua Seksyen Konsultasi dan Latihan, Arkib Negara Malaysia.
Taklimat yang berlangsung selama satu hari pada 19 September 2018 ini dihadiri oleh semua wakil dari setiap UiTM Cawangan dan telah dirasmikan oleh En Noor Hidayat bin Adnan, Ketua Pustakawan Perpustakaan UiTM. Objektif bengkel ini adalah bagi memastikan PTJ mengetahui dan mematuhi Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) yang disediakan oleh Arkib Negara Malaysia. Selain daripada itu, setiap PTJ perlu membentuk Pasukan Petugas Penyediaan PTBR iaitu dengan melantik pegawai dan kakitangan yang akan bertanggungjawab dalam penyediaan dan pelaksanaan PTBR. Satu pasukan yang dianggotai oleh Ketua-ketua Bahagian/Seksyen/Unit perlu dilantik bagi menganggotai pasukan ini. Setiap ahli diharapkan akan dapat memberikan input mengenai keperluan yang akan digariskan dalam PTBR.
Diharapkan dengan program taklimat yang dijalankan ini dapat mewujudkan PTBR yang cekap di setiap Jabatan di seluruh sistem UiTM serta meminimakan kemusnahan rekod agar dapat disimpan kekal.
Comments
Post a Comment