TAKLIMAT PENGURUSAN ARKIB DAN REKOD DI UNIT ARKIB UiTM CAWANGAN ZON PANTAI TIMUR

Seramai 3 orang Pegawai dari Jabatan Arkib Universiti telah mengadakan taklimat pengurusan rekod unit arkib UiTM Cawangan  di zon utara dari 7 Ogos 2017 - 9 Ogos 2017 bermula di UiTM Kelantan, UiTM Terengganu, dan seterusnya UiTM Pahang.

Taklimat yang berlangsung selama satu hari di setiap cawangan ini telah dihadiri oleh Pegawai Rekod, Pembantu Tadbir Rekod Jabatan, Pegawai Pengelas dan Pendaftar Rahsia serta wakil2 Ketua Jabatan. Taklimat ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi taklimat pada sebelah pagi yang disampaikan oleh Encik Ariffin Jamaludin (Ketua Jabatan Arkib Universiti), Encik Mohd Hazrul Mohd Hussin (Ketua Bahagian Perkhidmatan Arkib) & Encik Abdul Razak Abdul Rahman (Ketua Bahagian Pengurusan Rekod) dan pada sesi sebelah petang adalah lawatan serta khidmat nasihat pengurusan rekod/Bilik rekod di setiap Bahagian/Pejabat/Unit di cawangan tersebut.

Taklimat ini adalah salah satu usaha Jabatan Arkib Universiti sebagai tugasa utama semenjak diletakkan di bawah Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) untuk memberi kesedaran keselamatan dan pengurusan rekod kepada warga UiTM secara amnya. Siri taklimat jelajah ini akan diteruskan lagi ke UiTM Cawangan Perak pada minggu seterusnya. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat sepanjang program ini berlangsung di Zon Pantai Timur.






















Comments