PERPINDAHAN JABATAN ARKIB UNIVERSITI KE KOMPLEKS KENANGA

PERPINDAHAN JABATAN ARKIB UNIVERSITI KE KOMPLEKS KENANGA

Pada 19 Disember 2018, Jabatan Arkib Universiti telah mula berpindah ke bangunan Kompleks Kenanga setelah 21 tahun menetap di bawah Dewan Seri Budiman. Bangunan baharu di Kompleks Kenanga yang dahulunya dikenali sebagai Dewan Makan Kolej Kenanga  telah diserahkan sepenuhnya pada 27 Oktober 2016 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti Negeri (JPPFN) Bil.8/2016 untuk dijadikan Pusat Rekod Universiti dan sekaligus mengatasi masalah penempatan koleksi bahan arkib.

1 Mac 2018 proses pengubahsuaian Dewan Makan Kolej Kenanga telah dilaksanakan dan diserahkan sepenuhnya pada Jabatan Arkib Universiti pada 15 Oktober 2018. Kerja-kerja pemindahan barang bermula pada 19 Disember 2018 dan berakhir pada 28 Disember 2018 telah dikendalikan oleh Syarikat Ak Movers Sdn Bhd.

Operasi perkhidmatan Jabatan Arkib Universiti telah beroperasi sepenuhnya pada 2 Januari 2019 di Kompleks Kenanga dengan kapasiti ruang yang lebih besar dan selesa untuk staf, pelajar dan juga para penyelidik untuk membuat rujukan bahan arkib universiti.































Comments