LAWATAN AKADEMIK PELAJAR SEMESTER 5 DIPLOMA PENGURUSAN MAKLUMAT (IM110), FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT, UiTM CAWANGAN KELANTAN


Lawatan Akademik pelajar semester 5 Diploma Pengurusan Maklumat (IM110), Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Kelantan ke Jabatan Arkib Universiti pada 25 April 2019.
Lawatan yang melibatkan seramai 19 orang pelajar dan seorang pensyarah (Puan Nor Kamariah) ini telah disambut dan diberi taklimat oleh Pustakawan Kanan, Bahagian Pengurusan Rekod, Encik Abdul Razak Abdul Rahman.

Tujuan lawatan ini adalah sebagai salah satu pendekatan kepada pelajar-pelajar ini mengenai Pengurusan Rekod dan Arkib serta melihat sendiri bahan-bahan koleksi arkib secara lebih jelas.



   




Comments